Kedai Online

Ada Apa Dengan RM 1,000

Written by Setria on December 16th, 2007 in Unit Trust.

Saya minta maaf kerana sudah lama tiada posting terbaru disebabkan terlalu sibuk dengan kerja seharian (bilalah akan bebas dari belenggu ini?)

Apakah yang anda lakukan jika anda mempunyai wang lebihan sebanyak RM1,000? Ya, RM1000. Mungkin ada yang berkata”apa la sangat dengan RM 1,000. Itu adalah orang yang tidak tahu bersyukur atau orang tersebut memang dah kaya, oleh sebab itu pandang Rm 1000 hanya sebelah mata.

Tahukah anda dengan RM 1000, anda boleh menggandakan wang anda sehingga berpuluh ribu malah beratus ribu?. Ini bukannya skim cepat kaya ye:)

Bagaimana ya? Baiklah , jawapannya dengan menabung di Saham amanah pada usia muda. Sila lihat carta di bawah:


(andaikan kadar dividen adalah sebanyak 10% setahun)

Jika dilihat carta di atas, Tim menabung pada umur 18 tahun dengan tabungan sebanyak RM 1,000 setiap tahun bersamaan dengan Rm90 sebulan.Tim terus menabung sebanyak sedemikian sehingga umurnya 27 tahun. Dengan menabung sebanyak RM1,000 setiap tahun selama 10 tahun, pada harijadinya yang ke 27, beliau mempunyai simpanan sebanyak RM17,532. Beliau meneruskan simpanan tanpa perlu menabung lagi. Pada harijadinya yang ke 65 beliau mempunyai RM655,617. Dengan bermodalkan sebanyak RM10,000 selama 10 tahun, beliau menikmati pulangan bersih sebanyak RM645,617.Tom pula mula menabung pada usia 27 tahun, berdasarkan jaduala diatas, Tom menabung sebanyak Rm1000 tiap-tiap tahun sehingga berumur 65 tahun tetapi pulangan nya hanya sebanyakRM 403,535. Perbezaannya begitu besar bukan. Inilah perbezaan diantara individu yang menabung awal dan menabung lewat. Oleh itu saya berharap kepada mereka-mereka yang baru menghadapi dunia pekerjaan , cubalah menabung walaupun sedikit dan pada tempat yang betul. Bukannya pada skim yang ntah apa-apa, kerana kekayaan tidak datang dalam sekelip mata.

Jumpa lagi !!

Tags: Unit Trust

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Leave a Reply



Site Navigation