Apa Anda Buat jika Anda Mempunyai RM10,000?
Written by Setria on December 19th, 2007 in Unit Trust.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera!
Topik duit lagi. Apa anda buat jika anda ada RM10,000?. Pasti berlegar dalam minda anda perkara-perkar seperti tukar kereta baru, sports-rim baru dan sebagainya. Berapa orangkah yang akan melaburkan kembali wang ini untuk mendapat lebih banyak pulangan?angkat tangan. Saya pasti hanya segelintir yang akan berbuat demikian.
Kecenderungan menyimpan dikalangan orang orang muda khususnya melayu adalah amat kurang (betulkan jika saya silap). Mereka susah untuk mengamalkan “delay gratification attitude” iaitu menahan kepuasan hari ini untuk kepuasan masa hadapan, lebih kurang begitulah maksudnya.Sepanjang saya mempromosikan saham amanah dikalangan orang muda. Kebanyakan mereka lebih suka membazirkan duit untuk mengubahsuai kereta, motorsikal dan sebagainya, terutamanya bila mendapat bonus. Biasanya ketika ini mereka senang lupa diri.
Tahukah anda berapakah pulanganyang akan anda dapt dengan melaburkan kembali wang sebanyak RM10,000 itu? Sila lihat jadual dibawah.

Jadual menunjukkan peratus dividen yang akan anda perolehi selepas 5 tahun jika anda melaburkan kembali wang sebanyak RM10,000 (maaf image kurang jelas). Jika anda menyimpan wang tersebut didalam Bank dengan kadar dividen 3% anda cuma akan mendapat pulangan sebanyak RM11,593 sahaja. Jika anda menyimpan dalam ASB dengan kadar dividen 8%, pulangan anda adalah Rm14,693. Dan jika anda menyimpan dalam saham amanah yang menawarkan dividen sebanyak 10% - 12% berapakah pulangan anda? Lihat jadual, fikirkan sendiri okey!
Jumpa Lagi!!

Tags: Unit Trust





























