klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Bagaimana Saya Membuat Blog

Written by Setria on January 29th, 2008 in Perniagaan Internet.

Assalammualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana saya bermula dalam bidang internet. Segalanya bermula daripada buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar tulisan Dr. Irfan Khairi. Hasil pembacaan buku tersebut telah membuka serba sedikit minda saya mengenai perniagaan internet sebenar.

Selepas itu saya menyertai blog beliau iaitu Tips Satu Minit. Dari situ pula saya mengenali blog SaifulSham . Blog tersebut yang paling banyak membuka fikiran saya tentang dunia internet dan seterusnya perniagaan internet. Artikel-artikel yang ditulis oleh Sabri dan Syazwan juga begitu padat tetapi santai.

Seterusnya saya menyertai forum WangCyber. Dimana saya mengenali lebih ramai IM dari Malaysia. Di situlah universiti pertama saya mengenai perniagaan internet. Di situ saya bertanya bermacam soalan yang saya ingin ketahui (tetapi kebanyakannya semuanya sudah ditanya sebelum itu). Oleh itu saya menyedari bahawa saya sudah tertinggal dibelakang. Lalu saya membuat keputusan ingin membuat sebuah blog mengenai Unit Trust Kerana saya adalah agen Unit Trust.

Saya ingin membuat blog mengenai unit trust memandangkan masyarakat melayu kurang terdedah mengenai unit trust. Mereka hanya tahu ASB, ASN dan sewaktu dengannya. Bagaimana nak membuat sebuah blog? Aduh!! persoalan yang susah hendak dijawab pada waktu itu.Idea dah ada, ilmu nak buat blog pulak tak tahu, macam mana ye?Godek punya godek terjumpalah halaman web Pakej Kit Blogger hasil tulisan Zulfadli atau dikenali sebagai Smartzul di alam cyber.Hasilnya adalah blog yang sedang anda baca ini.

Panduan di dalam ebook tersebut sangat padat tetapi mudah difahami kerana Zulfadli menulis secara langkah demi langkah. Saya cadangkan anda beli ebook tersebut jika

  • Anda ingin buat blog , tetapi tak tahu bermula dimana.
  • Terpinga-pinga di depan PC sewaktu ingin membuat blog.
  • Sesiapa yang ingin membuat duit dengan blog.
  • Sesiapa yang ada perniagaan offline yang ingin membuat promosi secara online melalui blog.
  • Yang ingin menukar blog ke platform wordpress
  • Yang ingin membuat blog tetapi tidak tahu coding seperti PHP, HTMl dan sebagainya.

Tahukah anda bahawa banyak prasarana-prasarana jalur lebar akan dibina diseluruh Malaysia. Tidakkah anda berfikir bahawa dunia internet ini akan berkembang pesat? Jika anda membina blog perniagaan anda sekarang, anda adalah perintis dalam perniagaan melalui blog dalam bidang anda.

Bertindaklah Sekarang!!

Tags: Perniagaan Internet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

2 Responses to “Bagaimana Saya Membuat Blog”

  1. titan Says:

    Tahniah sebab berjaya buat blog dan mempunye blog sendiri. Senang bukan? kalau dulu tak tahu, sekarang dah mahir. Aapun, cogratulation dan lepas nih bolehla buat duit dari blog plak..

  2. Blog Perniagaan Internet dan Kewangan » Blog Archive » Bagaimana Saya Membuat Blog Ini Says:

    [...] Baca seterusnya [...]

Leave a Reply



Site Navigation