Kedai Online

Unit Trust..Apa Bendanya Tu?

Written by Setria on January 21st, 2008 in Unit Trust.

Apa itu unit trust (unit amanah)?

Unit trust atau di sebut juga unit amanah adalah pengumpulan pelaburan yang dibuat oleh pelabur-pelabur, yang akan dikumpulkan dalam bentuk unit untuk objektif yang sama iaitu keuntungan dibawah pengurusan pengurus dana yg profesional.

Dana tersebut akan di laburkan didalam pelbagai portfolio, yang terdiri daripada ekuiti, pendapatan tetap (bond), Pasaran matawang, bluechips, dan lain-lain aset yg tertakluk kepada objektif pelaburan, dan telah diluluskan.

Untuk dana islamik, pelaburan akan dipantau oleh IBFIM (Islamic Banking & Finance Institute of Malaysia) dibawah pengawasan Security Commission and BNM (Bank Negara Malaysia). Sebarang penyelewangan terhadap pelaburan, akan menyebabkan syarikat unit trust akan ditutup.
Setelah pelaburan dibuat, keuntungan akan berbalik kepada pelabur dalam tiga bentuk.

1)Pertambahan modal (Capital gain)

2)Dividen

3)Bonus


Kenapa melabur dalam unit trust?

  • Kepelbagaian:

Ini bermaksud, duit yang dilaburkan akan di pecah kan kepada banyak portfolio termasuk stok, bon, sekuriti, money market dan pelbagai lagi dibawah pengurusan pengurus dana. Dengan cara ini, ia dpt mengurangkan risiko dan memaksimumkan pulangan

  • Pengurusan yang Profesional:

Dana akan di uruskan oleh pengurus dana (fund manager) profesional yang berpengalaman. Pelaburan di buat berdasarkan kajian yang intensif, Analisa pasaran, dan pemerhatian yang terperinci dalam ekonomi.

  • Kecairan yang mudah:

Bermaksud pelabur boleh mengeluarkan semula wang yang dilaburkan dalam tempoh 10 hari waktu berkerja. Tiada cas akan dikenakan bagi setiap pengeluaran.

  • Urusan yang mudah

Transaksi yang mudah untuk membeli dan menjual semula unit amanah. pelabur akan di update kan mengenai pelaburan mereka melalui interim report dan laporan tahunan.Pelabur juga akan diupdate oleh agen masing-masing mengenai pelaburan mereka.

Sebenarnya banyak pilihan yang kita ada untuk melabur kan wang kita, tapi hairannya ramai juga orang yang tertipu dengan skim-skim yang menjanjikan kekayaan dalam tempoh yang singkat. Tetapi pilihan adalah ditangan anda.

Apakah pilihan anda? Tepuk dada, Tanya selera.

Tags: Unit Trust

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Leave a Reply



Site Navigation