klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Pilihan Raya Dan Internet sebuah Asimilasi

Written by Setria on March 10th, 2008 in UMUM.

Assalammualaikum,

Hari sabtu selesai sudah proses pilihanraya berlangsung di Malaysia. Keputusan juga sudah diperolehi dimana parti pembangkang menguasai hampir separuh dari kerusi parlimen. Saya bukanlah penganalisis politik atau mengikuti arus politik di Malaysia. Tetapi saya hanyalah seorang blogger yang mengikuti arus perkembangan blog di Malaysia.

Kenapa parti pembangkang berjaya menawan banyak kerusi parlimen pada kali ini, sedangkan media massa di kuasai oleh BN?. Ini adalah disebabkan mereka menggunakan internet sebagai medium untuk berkempen. Mereka mempunyai website dan blog untuk menyalurkan segala info-info yang berkaitan dengan aktiviti mereka.Di samping itu penyokong-penyokong mereka mempunyai blog masing-masing yang sentiasa di update. Cuba anda tengok di halaman you tube. Beratus-ratus video terdapat di sana yang dijadikan bahan kempen untuk meraih simpati pengundi. Tetapi tidak ada satu pun video dari pihak BN.

Jikalau mereka peka tentang pengaruh internet ini, mereka sudah semestinya menangkis segala tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka juga melalui blog. Seperti Jeff Ooi dari parti DAP yang memenagi parlimen Jelutong.Sebelum ini saya hanya mengenali Jeff Ooi sebagai seorang Blogger yang sering menulis artikel mengenai isu semasa di Malaysia. Selain menggunakan blog untuk mencari pendapatan di internet, dia menggunakan pengaruh blognya sebagai bahan kempen secara tidak langsung. Cuba anda bayangkan pengaruh blognya selepas dia menjadi ahli parlimen, income dari blognya sahaja mungkin lebih banyak daripada gajinya sebagai ahli parlimen. Saya masih ingat artikelnya mengenai banjir kilat di Kuala Lumpur, secara sinisnya dia menyamakan kuala lumpur seperti Venice. Tidak ada blog dari pihak kerajaan untuk menangkis sindiran yang di buat oleh beliau. Blog beliau juga mempunyai PR6, bayangkan berapa banyaknya backlink yang diperolehi oleh blog tersebut.

Seharusnya selepas ini setiap wakil rakyat mempunyai blog supaya rakyat boleh membuat sebarang aduan kepada wakil rakyat mengenai apa jua masalah berkaitan. Saya menulis artikel ini bukanlah untuk mengulas mengenai keputusan pilihanraya, tetapi ingin menyatakan betapa pentingnya web dan blog untuk menyampaikan informasi. Oleh itu sesiapa yang belum mempunyai blog bolehlah membuatnya sekarang. Terdapat pelbagai platform untuk membuat blog sama ada percuma dan berbayar. Yang percuma adalah seperti Blogger.com, Wordpress.com dan sebagainya. Manakala untuk hosting berbayar kebanyakan blogger mengunakan Wordpress sebagai platform.

Sekian sahaja buat kali ini, saya akan mengulas mengenai apa jua topik yang berkaitan dengan dunia internet pada masa akan datang.Stay tune!!

Yang ikhlas

Tags: UMUM

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Leave a Reply



Site Navigation