Buku Inspirasi Perniagaan Internet
Written by Setria on July 12th, 2008 in Perniagaan Internet.




Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
Setiap individu mempunyai sejarah bagaimana mereka memulakan atau dengan erti kata lain terlibat dengan perniagaan. Gambar di atas adalah antara buku terawal saya beli sebelum berjinak-jinak dalam bidang perniagaan. Tujuan utama saya bukannya untuk membuat promosi tetapi kredit patut diberikan atas penghasilan buku-buku yang ’superb’.
“Are You Living You Dream”-oleh John Fuhrman
Untuk pengetahuan anda, Network marketing adalah platform pertama saya dalam bidang perniagaan. Buku ini adalah sebuah buku motivasi untuk mencelikkan minda dan mencari faktor “WHY” menceburi bidang perniagaan.Buku ini mesti dimiliki sekiranya ingin menceburi network marketing.
Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar-oleh Dr. Irfan Khairi
Ini adalah buku perniagaan internet pertama yang saya beli.Pada masa itu nama Dr. Irfan tengah meletup apabila menjadi jutawan dalam masa 3 tahun dengan menggunakan internet sebagai medium. Buku ini pula membuka minda saya mengenai perniagaan internet dan mengapa perlu menceburinya.
Rahsia Buat Duit Dengan Internet- Oleh Saudara Sabri dan Syazwan
Setelah mendapat serba sedikit gambaran mengenai perniagaan internet, maka persoalan pertama adalah “macammana nak buat website? Naka jual apa?”, kebetulan buku ini telah dilancarkan pada waktu yang tepat sebab disertakan sekali dengan CD cara-cara untuk membuat website.Minda sudah terbuka lebih luas:)
15 Teknik Efektif Internet Marketing - oleh Fuad Latip
Setelah berjaya membuat website, timbul pula masalah untuk mempromosikannya, maka sekali lagi saya bertapa di MPH mencari-cari buku yang sesuai. Maka saya terjumpa dengan buku ini. Buku ini padat dengan info dan teknik untuk membuat promosi. Terdapat 15 teknik promosi diterangkan dengan mendalam dalam buku ini.
Itulah antara buku terawal yang saya miliki dalam perjalanan saya untuk menjadi salah seorang usahawan (InsyaAllah). Ini disebabkan 9 dari 10 sumber rezeki adalah dari bidang perniagaan.Sehingga kini saya membeli berbagai -bagai jenis buku dan ebook untuk memantapkan lagi kefahaman dan motivasi kerana yang menentukan kejayaan anda adalah buku apa yang anda baca. Betulkan saya jika saya silap. Anda pula bagaimana? Apakah buku yang anda baca? kongsi-kongsikan disini.
![]()
Tags: Perniagaan Internet





























