Orang Dulu, Orang Sekarang
Written by Setria on July 22nd, 2008 in Tip Perniagaan.

Assalammualaikum,
Hari ini saya terjumpa satu artikel yang dapat memberikan motivasi kepada sesiapa sahaja. Biarkan mereka itu usahawan, pekerja atau sesiapapun.
Artikel ini di tulis oleh penulis politik di Malaysia, walaupun beliau seorang penulis politik, beliau juga menulis tentang motivasi diri, sejarah islam dan sebagainya. Tidak salah jika saya letakkan artikel beliau di blog saya ini, kerana bagi saya ia dapat memotivasikan diri saya sendiri, dan harap-harap begitu juga pembaca yang membaca di blog saya ini.
Kisah yang di paparkan oleh penulis ialah mengenai masa. Mengenai alasan yang sering diberikan oleh orang ramai jika di suruh berbuat sesuatu iaitu”tidak ada masa”. Beliau mengupas mengenai masa yang diberi oleh Allah kepada semua orang iaitu 24 jam. Tetapi mengapa ada yang boleh melakukan banyak perkara dalam masa 24 jam dan ada yang tidak boleh.
Beliau juga mengupas mengenai latar belakang seorang menteri yang juga bekas ahli korporat. Bagaimana kegigihan menteri tersebut yang berasal dari orang yang susah, berjaya menjadi ahli korporat yang berjaya dan seterusnya terpilih menjadi menteri.
Apasal tajuknya orang dulu dan orang sekarang? dalam artikel ini juga menteri terbabit memberi tahu mengenai mentaliti orang dahulu dalam menimba ilmu dan membuka perniagaan tanpa sokongan dan bantuan. Saya tersentuh hati mengenai kegigihan orang dahulu dalam mencapai suatu matlamat.
Untuk membaca artikel ini sepenuhnya, sila klik disini
![]()
p/s: meh kita layan lagu ni, tajuknya “I Can”
http://www.youtube.com/watch?v=c1KfDkPmB-8
Tags: Tip Perniagaan





























