Rahsia Untuk Melangsingkan Badan
Written by Setria on July 25th, 2008 in UMUM.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
Masih lagi saya teringat , tidak berapa lama dahulu, saya ada berforum di forum WC mengenai pasangan yang minat berniaga (isteri la). Pada masa itu isteri Shuth mendapat publisiti meluas mengenai perniagaan online yang di buatnya. Dalam berforum itulah shuth memberitahu bahawa pasangan kita mestilah ditunjukkan dengan betul mengenai potensi perniagaan internet ni.
Alhamdulilah, baru-baru ni isteri saya ingin menguruskan badan yang tidak turun-turun setelah bersalin anak kami yang pertama. Sudah 2 tahun isteri saya cuba untuk menguruskan berat badan, mencuba bermacam-macam produk dan mendaftar di pusat pelangsingan badan, tapi hasilnya masih tiada. Turun sekejap je, lepas tu naik balik.
Selepas menggunakan produk tersebut, berat badan isteri saya menurun sebanyak 9 kg dalam masa 6 bulan. Oleh itu saya mengesyorkan kepada isteri saya supaya menjadi pengedar dan membuat sebuah halaman web untuk mempromosikan produk tersebut secara online.
Setelah berhempas pulas membuat website untuk isteri saya, maka hari isnin lepas adalah hari yang cukup bermakna buat isteri saya kerana dia mengambil langkah pertama untuk bergiat dalam perniagaan dan menjadikan internet sebagai agen promosi.
Halaman web ini masih baru lagi dan jika mempunyai modal yang lebih nanti, kami bercadang akan mengupgrade halaman tersebut supaya kelihatan lebih “menjual”.
Oleh itu jika ada kawan-kawan atau saudara mara yang mempunyai masalah berat badan bolehlah berkunjung ke halaman web tersebut.Kepada yang ingin mewar-warkan adalah amat dialu-alukan.
Oleh itu, sesipa yang ingin kurus, yang mempunyai kawan yang gemuk sudi la kiranya mewar-warkan kewujudan halaman web ini.Untuk pergi ke halaman web tersebut, sila klik pada gambar di bawah:
Sekian, sehingga berjumpa lagi.
![]()
Tags: UMUM






























