Kedai Online

Pemasaran Video Terbongkar!

Written by Setria on September 14th, 2008 in Perniagaan Internet.

Assalammualaikum,

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat berpuasa kepada umat islam yang sedang menjalani salah satu rukun islam. Sudah agak lama saya tidak menulis di ruangan ini kerana saya sibuk membuat promosi halaman web rahsia langsing.

Baru-baru ini, saya membeli produk daripada saudara Suhairi atau dikenali sebagai The Reds di ruangan forum iaitu Pakej Database Video Blog. Sebelum itu, saya nyatakan di sini bahawa saya hanya membuat review di blog ini apabila saya membeli produk tersebut. Walaupun pemilik produk tidak mewajibkan membeli untuk menjadi affiliate, adalah satu kewajiban kepada saya membeli terlebih dahulu, kerana saya mengikut terma-terma dalam islam itu sendiri iaitu rezeki yang diperolehi tidak berkat jika kita menambah-nambah dalam sesuatu perkara untuk mendapat keuntungan. Oleh itu saya akan pastikan saya membeli terlebih dahulu. Lainlah kalau pakai Adwords.

Ok, kembali kepada topik. Di sebabkan The reds menjual pakej Database, saya akan membuat review mengenai WIIFM iaitu “What It In For Me”. Sebelum itu saya memperkenalkan, tuan-tuan dan puan-puan:

Dalam pakej ini anda akan mendapat:

  • Database anime V1

Database anime V1 adalah sebuah database yang mengandungi lebih 10 ribu episod siri anime. Ini adalah dataase percuma apabila membeli pakej ini. Dengan database ini, anda boleh membuat Video Blog secara “Set and Forget dan hanya menumpukan perhatian kepada aspek promosi. Contoh blog yang menggunakan database tersebut ialah www.worldofanime.com.

  • Database Anime V2 + TV Series

Database ini pula mengandung lebih 2000 episod siri anime dan siri tv yang popular di Amerika dan seluruh dunia. Anime dan siri TV tersebut ialah Bleach, Naruto, Smallville, Lost, Heroes, CSI, Prison Break dan sebagainya.

  • Panduan untuk Import Database Dalam English

Panduan ini menunjukkan kepada anda bagaimana untuk import database tersebut ke dalam blog wordpress di samping theme dan plug-in yang digunakan. Walaupun dalam BI tetapi bahasanya senang di fahami. Dalam panduan ini juga, ada ditunjukkan cara-cara untuk mempromosikan blog anime. Dalam panduan ini hanya ada 2 kaedah tetapi hasil dari adsense beliau adalah tinggi.

  • 2 Buah Ebook Bagaimana Untuk Memasarkan Vblog Anda.

Jangan keliru kerana ini adalah ebook yang berlainan berbanding yang di atas. Dua buah ebook ini menunjukkan kepada anda bagaimana untuk mempromosi Blog anda. Ebook pertama menunjukkan kepada anda berpuluh-puluh kaedah dan platform untuk mempromosikan blog. Ebook kedua pula menunjukkan kaedah langkah demi langkah bagaimana untuk mendapatkan $5-&15 sehari dengan blog anime.

Ini adalah peluang baik kepada mereka yang ingin mencari pendapatan tambahan dengan blog tetapi malas untuk menulis artikel atau dengan erti kata lain set and forget, cuma tumpukan kepada aspek promosi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pakej ini, SILA KLIK DI SINI

Selamat Berpuasa

P.S - Video blog amat sesuai untuk menjana pendapatan dari program Affiliate seperti CPA, CPC dan CPI. En. Yusri dari team Jomseminar ada menyatakan dalam videonya bahawa blognya mencatakan CTR yang tinggi dari program CPA apabila dia membuang content dari blog.

Tags: Perniagaan Internet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Leave a Reply



Site Navigation