Kedai Online

Video Usahawan Yang Lengkap Dan Sempoi

Written by Setria on September 28th, 2008 in Perniagaan Internet.

Assalammualikum,

Pada 2 september yang lepas, saya telah membeli sebuah DVD dari team jomseminar yang bertajuk video usahawan.

Seperti biasa produk yang saya beli akan saya buat review dalam blog ini. Sepatutnya video ini adalah yang patut saya beli semasa mula berjinak-jinak dalam IM ni.

Dalam video ini team Jomseminar telah menghurai dari A hingga Z mengenai dunia perniagaan internet.

Video ini terbahagi kepada 9 komponen iaitu:

Komponen #1:Pengenalan

Topik ini mendedahkan kepada anda bagaimana sistem pakej DVD Video Usahawan digunakan agar anda lebih mudah faham, jelas dan bersedia untuk bertindak segera mengikut setiap panduan.

Komponen #2: Persediaan

Komponen ini menghuraikan mengenai persediaan yang perlu dilakukan untuk memulakan perniagaan internet terutama dari segi mindset, istiqamah dan sebagainya.

Komponen #3: Buat Duit Internet

Komponen ini menerangkan mengenai program buat duit di internet yang betul dan sah serta dibayar. Ada berbagai-bagai jenis buat duit di internet, tetapi ada yang SCAM dan HYPE. Komponen ini adalah yang paling penting untuk memilih program mana yang anda ingin ceburi.

Komponen #4: Pasaran & Pemasaran

Sama ada anda menjual produk sendiri, menjana pendapatan daripada komisen produk orang lain atau makan duit daripada iklan, strategi pemasaran yang betul dan berkesan adalah penting. Komponen ini mendedahkan anda dengan teknik pemasaran yang betul.

Komponen #5: Trafik

Laman web atau usaha promosi anda tidak akan berhasil tanpa ada trafik atau pelawat yang boleh memberikan anda duit atau sumber pendapatan di internet. Topik ini akan membongkar apakah formula terbaik serta efektif untuk menarik trafik yang menjamin keuntungan. Tak ada trafik = tak ada click = tak ada jualan.

Komponen #6: Hartanah Maya (VRE)

Topik ini akan mengupas mengenai hartanah maya atau Virtual Real Estate. Bagaimana anda boleh jadikan website anda sebagai aset yang menguntungkan.Tahukah anda Youtube bernilai USD1.65 billion dan Business.com pula bernilai hampir USD345 juta.

Komponen #7: Jualan

Topik ini membincangkan bagaimana anda boleh menjual secara efektif di internet terutama untuk pasaran Malaysia? Topik ini akan mengupas bagaimana anda boleh menerima duit dari bakal pelanggan anda dan sebagainya.

Komponen #8: CRM

Topik ini mengupas mengenai CRM. Apakah CRM? mengapa ia penting dalam bidang perniagaan. Kebanyakan hypermarket terkenal mengamalkan konsep CRM untuk mengumpan prospek supaya membeli lagi dan lagi.

Komponen #9: SEO (Search Engine Optimization)

Topik ini akan dikupas oleh seorang pakar SEO tempatan iaitu Fuad Latip. Ini adalah kaedah kepada mereka yang mempunyai modal terhad. Banyak rahsia-rahsia SEO yang dikupas oleh beliau dalam komponen ini.

Wah! banyak betul topik-topik yang dikupas oleh team jomseminar. Kepada mereka yang serius ingin membuat duit di internet, video ini seharusnya ada dalam koleksi anda. Ini adalah cetakan yang ketiga.Cetakan pertama dan kedua sudah habis dijual.

Untuk keterangan lanjut mengenai Video Usahawan, sila klik disini

Slam sukses!

Tags: Perniagaan Internet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Leave a Reply



Site Navigation