Kedai Online

Archive for the 'Tip Kewangan' Category

Cukupkah Wang KWSP Anda Sewaktu Bersara Nanti?

Written by Setria on Thursday, February 14th, 2008 in Tip Kewangan.

Assalamualaikum,

Sudah agak lama juga saya tidak menulis. Ini adalah kerana bermula 1 Februari 2008, pencarum KWSP boleh melaburkan wang dalam akaun satu ke dalam instrumen pelaburan yang diluluskan oleh KWSP. Salah satu instrumen yang diluluskan adalah unit trust. Saya agak sibuk menguruskan pengeluaran KWSP untuk kawan-kawan yang cukup syarat.

Ini bermakna mulai 1 Februari, pencarum boleh mengeluarkan caruman dalam akaun satu dengan syarat baki dalam akaun satu mempunyai amaun minimum sebanyak RM5000 setelah ditolak simpanan asas. Simpanan asas ditentukan mengikut had umur , semakin berumur, simpanan asas semakin banyak.

Klik Kat sini untuk download kadar simpanan asas

Sebelum ini, pencarum harus mempunyai minimum RM55,000 dalam akaun satu untuk membolehkan pencarum melabur dalam unit trust atau instrumen pelaburan yang lain. Mengapa KWSP mengubah polisinya dengan membenarkan pencarum mengeluarkan caruman mereka mengikut had umur? ini adalah disebabkan kajian mereka mendapati ramai pesara telah kehabisan wang KWSP mereka dalam masa 3 tahun. Selepas itu apa terjadi kepada mereka? mereka terpaksa bekerja semula. Sepatutnya masa tua mereka dihabiskan dengan beramal ibadah, tetapi tidak. Mereka terpaksa bekerja semula untuk menyara kehidupan.

Objektif KWSP mengubah polisi mereka adalah supaya pencarum mempunyai sekurang-kurangnya RM120,000 apabila mereka bersara kelak. Bagi mereka yang berjawatan besar, tiada masalah untuk mencapai objektif tersebut, tetapi bagaimana dengan mereka yang berjawatan sederhana?

Oleh itu jika ada sesiapa yang membaca artikel ini serta layak dan ingin mengeluarkan caruman KWSP mereka untuk dilaburkan kedalam unit trust bolehlah menghubungi saya di emel berikut: ask@setriahariadi.com atau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai unit trust. Saya tidak boleh mendedahkan saya menjadi ejen untuk syarikat mana secara terbuka. Ini adalah polisi mereka, tetapi pembayangnya adalah saya menjadi ejen untuk syarikat unit trust swasta yang terbesar diMalaysia dan paling banyak pencapaian bagi dana-dana yang diuruskan. Saya rasa anda boleh teka.

Selamat melabur untuk anda semua!!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Langkah keempat :Fokus!

Written by Setria on Thursday, January 17th, 2008 in Tip Kewangan.

Assalammualaikum,

Sudah lama saya tak update blog saya ini. Hari ini saya akan teruskan dengan langkah yang keempat dan terakhir mengenai topikLangkah untuk menjadi kaya.  Sebenarnya banyak lagi langkah-langkah untuk menjadi kaya seperti merompak misalnya:) gurau aje!.

Tinggalkan atau kurangkan aktiviti yang kurang mendatangkan faedah dan berikan tumpuan kepada kepada pekerjaan yang yang anda ingin lakukan. Contohnya, budaya melepak.Kebanyakan anak-anak muda sekarang tidak pandai membuat pengisian waktu. Mereka lebih suka melepak-lepak di shopping kompleks daripada melakukan perkara yang berfaedah.Saya memang respek dengan adik Labanon , memang mempunyai ciri-ciri usahawan. Muda-muda sudah pandai  berniaga.

Oleh itu, jika anda ingin mempunyai kedudukan kewangan yang baik pada masa hadapan, anda harus memperbaiki kesilapan dan menggunakan masa 24 jam yang diberikan Allah kepada kita dengan sebaik-baiknya.

Saya doakan semoga IM kat Malaysia ni beroleh kekayaan kerana anda semua adalah perintis industri ini di Malaysia. Dengan  pembangunan kemudahan jalur lebar disetiap negeri semenjak kebelakangan ini, saya percaya dunia internet akan  mencetuskan revolusi di Malaysia.

Adios!!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Site Navigation