Kedai Online

Archive for the 'Tip Perniagaan' Category

Orang Dulu, Orang Sekarang

Written by Setria on Tuesday, July 22nd, 2008 in Tip Perniagaan.

Assalammualaikum,

Hari ini saya terjumpa satu artikel yang dapat memberikan motivasi kepada sesiapa sahaja. Biarkan mereka itu usahawan, pekerja atau sesiapapun.

Artikel ini di tulis oleh penulis politik di Malaysia, walaupun beliau seorang penulis politik, beliau juga menulis tentang motivasi diri, sejarah islam dan sebagainya. Tidak salah jika saya letakkan artikel beliau di blog saya ini, kerana bagi saya ia dapat memotivasikan diri saya sendiri, dan harap-harap begitu juga pembaca yang membaca di blog saya ini.

Kisah yang di paparkan oleh penulis ialah mengenai masa. Mengenai alasan yang sering diberikan oleh orang ramai jika di suruh berbuat sesuatu iaitu”tidak ada masa”. Beliau mengupas mengenai masa yang diberi oleh Allah kepada semua orang iaitu 24 jam. Tetapi mengapa ada yang boleh melakukan banyak perkara dalam masa 24 jam dan ada yang tidak boleh.

Beliau juga mengupas mengenai latar belakang seorang menteri yang juga bekas ahli korporat. Bagaimana kegigihan menteri tersebut yang berasal dari orang yang susah, berjaya menjadi ahli korporat yang berjaya dan seterusnya terpilih menjadi menteri.

Apasal tajuknya orang dulu dan orang sekarang? dalam artikel ini juga menteri terbabit memberi tahu mengenai mentaliti orang dahulu dalam menimba ilmu dan membuka perniagaan tanpa sokongan dan bantuan. Saya tersentuh hati mengenai kegigihan orang dahulu dalam mencapai suatu matlamat.

Untuk membaca artikel ini sepenuhnya, sila klik disini

p/s: meh kita layan lagu ni, tajuknya “I Can”

http://www.youtube.com/watch?v=c1KfDkPmB-8

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Makan Gaji VS Bekerja Sendiri

Written by Setria on Thursday, December 6th, 2007 in Tip Perniagaan.

Assalammualaikum,

Pada hari ini saya akan bercerita mengenai topik yang sering diperkatakan oleh para motivator iaitu Makan Gaji VS Bekerja Sendiri @berniaga. Kedua-dua jenis pekerjaan masing-masing ada pro dan kontranya. Tetapi bekerja sendiri menjadikan seseorang individu insane yang survival.

Tetapi seperti posting saya yang lepas, 9 dari 10 sumber kekayaan adalah melalui perniagaan. Jika anda adalah seorang yang ingin bebas, perniagaan adalah untuk anda , tetapi kekebasan tersebut tidaka datang sekelip mata. Bukannya saya tidak suka makan gaji, saya sendiri masih makan gaji disamping berusaha untuk menyediakan diri untuk bekerja sendiri sepenuh masa.

Jika bekerja makan gaji ,masa anda ditukar dengan wang. Anda bekerja selama 8 jam sehari, 5 hari seminggu dan anda dibayar sekian-sekian pada hujung bulan. Tidak lebih dan kurang. Anda juga tidak boleh merancang halatuju kareer anda kerana persaingan adalah sengit . Kadang kala hala tuju ditentukan oleh kebolehan membodek dan mengampu, jika tiada elemen ini, sudeh tentu seseorang itu susah untuk naik pangkat, Ditambah dengan politik ofis, gossip dan sebagainya. Oleh sebab itulah leader saya dalam unit amanah berhenti dari pekerjaan nya sebagai pengurus untuk bekerja sendiri. Ditambah pula persaingan untuk mendapat pekerjaan adalah sengit. Tiap-tiap tahun beribu-ribu graduan bersaing untuk mencari pekerjaan.

Jika anda bekerja sendiri, anda tiada gaji tetap, EPF dan kemudahan lain. Semuanya bergantung atas daya usaha anda. Tetapi semua usaha keras anda adalah untuk anda, bukannya untuk bos anda. Tetapi rintangan yang paling besar adalah disiplin. Adakah anda cukup berdisiplin menjalankan semua kerja tanpa disuruh? Semuanya perlu dibuat sendiri. Dari segi perancangsn, pelaksanaan, pemasaran dan sebagainya. Jika ada jualan, maka adalah gaji untuk bulan itu, jika tiada, maka ikat perutlah jawabnya.

Bagi saya, saya lebih suka bekerja sendiri, bak kata pepatah :

“Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian, Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”

Anda pula bagaimana? Tepuk dada Tanya selera.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb


Site Navigation