Selamat Hari Raya Aidiladha!!
Written by Setria on Tuesday, December 25th, 2007 in UMUM.
Assalammualaikum,
Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada pembaca yang beragama islam. Saya agak lambat mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan semua kerana saya baru pulang dari kampung saya di Perak.
Bercerita mengenai Hari Raya Aidiladha atau korban, sebanyak manakah anda berkorban? baik untuk diri sendiri, keluarga atau orang lain. Pengertian korban itu mempunyai makna yang luas. Contohnya berkorban untuk menikmati kesenangan hari ini untuk kesenangan pada masa hadapan, berkorban untuk menjaga orang tua supaya mendapat syafaat di akhirat dan sebagainya.
Sebenarnya pengorbanan seseorang itu tidak sia-sia malah ada ganjaran disebaliknya. Saya yang mengenal perniagaan internet ketika sudah berkahwin dan ada anak terpaksa mengorbankan waktu tidur untuk belajar mengenai internet.Saya pasti setiap orang ada pengorbanan masing-masing. Begitulah simboliknya Hari Raya Aidiladha atau korban ini.
Tetapi ditempat saya sambutannya adalah sederhana sahaja, tiada open house cuma mengunjungi sanak saudara dan sahabat yang berdekatan dengan rumah. Kebetulan pula bapa saya baru meninggal dunia tahun ini dan memandangkan saya hanya tiga beradik, saya berkorban menghabiskan masa cuti dengan satu-satunya orang tua saya. Dan saya akan berkorban untuk membahagiakan dia. Saya harap anda jua begitu
jumpa lagi , Selamat Hari Raya Aidiladha!
![]()






