Cukupkah Wang KWSP Anda Sewaktu Bersara Nanti?
Written by Setria on Thursday, February 14th, 2008 in Tip Kewangan.
Assalamualaikum,
Sudah agak lama juga saya tidak menulis. Ini adalah kerana bermula 1 Februari 2008, pencarum KWSP boleh melaburkan wang dalam akaun satu ke dalam instrumen pelaburan yang diluluskan oleh KWSP. Salah satu instrumen yang diluluskan adalah unit trust. Saya agak sibuk menguruskan pengeluaran KWSP untuk kawan-kawan yang cukup syarat.
Ini bermakna mulai 1 Februari, pencarum boleh mengeluarkan caruman dalam akaun satu dengan syarat baki dalam akaun satu mempunyai amaun minimum sebanyak RM5000 setelah ditolak simpanan asas. Simpanan asas ditentukan mengikut had umur , semakin berumur, simpanan asas semakin banyak.
Klik Kat sini untuk download kadar simpanan asas
Sebelum ini, pencarum harus mempunyai minimum RM55,000 dalam akaun satu untuk membolehkan pencarum melabur dalam unit trust atau instrumen pelaburan yang lain. Mengapa KWSP mengubah polisinya dengan membenarkan pencarum mengeluarkan caruman mereka mengikut had umur? ini adalah disebabkan kajian mereka mendapati ramai pesara telah kehabisan wang KWSP mereka dalam masa 3 tahun. Selepas itu apa terjadi kepada mereka? mereka terpaksa bekerja semula. Sepatutnya masa tua mereka dihabiskan dengan beramal ibadah, tetapi tidak. Mereka terpaksa bekerja semula untuk menyara kehidupan.
Objektif KWSP mengubah polisi mereka adalah supaya pencarum mempunyai sekurang-kurangnya RM120,000 apabila mereka bersara kelak. Bagi mereka yang berjawatan besar, tiada masalah untuk mencapai objektif tersebut, tetapi bagaimana dengan mereka yang berjawatan sederhana?
Oleh itu jika ada sesiapa yang membaca artikel ini serta layak dan ingin mengeluarkan caruman KWSP mereka untuk dilaburkan kedalam unit trust bolehlah menghubungi saya di emel berikut: ask@setriahariadi.com atau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai unit trust. Saya tidak boleh mendedahkan saya menjadi ejen untuk syarikat mana secara terbuka. Ini adalah polisi mereka, tetapi pembayangnya adalah saya menjadi ejen untuk syarikat unit trust swasta yang terbesar diMalaysia dan paling banyak pencapaian bagi dana-dana yang diuruskan. Saya rasa anda boleh teka.
Selamat melabur untuk anda semua!!
![]()




