klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Archive for March, 2008

Pilihan Raya Dan Internet sebuah Asimilasi

Written by Setria on Monday, March 10th, 2008 in UMUM.

Assalammualaikum,

Hari sabtu selesai sudah proses pilihanraya berlangsung di Malaysia. Keputusan juga sudah diperolehi dimana parti pembangkang menguasai hampir separuh dari kerusi parlimen. Saya bukanlah penganalisis politik atau mengikuti arus politik di Malaysia. Tetapi saya hanyalah seorang blogger yang mengikuti arus perkembangan blog di Malaysia.

Kenapa parti pembangkang berjaya menawan banyak kerusi parlimen pada kali ini, sedangkan media massa di kuasai oleh BN?. Ini adalah disebabkan mereka menggunakan internet sebagai medium untuk berkempen. Mereka mempunyai website dan blog untuk menyalurkan segala info-info yang berkaitan dengan aktiviti mereka.Di samping itu penyokong-penyokong mereka mempunyai blog masing-masing yang sentiasa di update. Cuba anda tengok di halaman you tube. Beratus-ratus video terdapat di sana yang dijadikan bahan kempen untuk meraih simpati pengundi. Tetapi tidak ada satu pun video dari pihak BN.

Jikalau mereka peka tentang pengaruh internet ini, mereka sudah semestinya menangkis segala tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka juga melalui blog. Seperti Jeff Ooi dari parti DAP yang memenagi parlimen Jelutong.Sebelum ini saya hanya mengenali Jeff Ooi sebagai seorang Blogger yang sering menulis artikel mengenai isu semasa di Malaysia. Selain menggunakan blog untuk mencari pendapatan di internet, dia menggunakan pengaruh blognya sebagai bahan kempen secara tidak langsung. Cuba anda bayangkan pengaruh blognya selepas dia menjadi ahli parlimen, income dari blognya sahaja mungkin lebih banyak daripada gajinya sebagai ahli parlimen. Saya masih ingat artikelnya mengenai banjir kilat di Kuala Lumpur, secara sinisnya dia menyamakan kuala lumpur seperti Venice. Tidak ada blog dari pihak kerajaan untuk menangkis sindiran yang di buat oleh beliau. Blog beliau juga mempunyai PR6, bayangkan berapa banyaknya backlink yang diperolehi oleh blog tersebut.

Seharusnya selepas ini setiap wakil rakyat mempunyai blog supaya rakyat boleh membuat sebarang aduan kepada wakil rakyat mengenai apa jua masalah berkaitan. Saya menulis artikel ini bukanlah untuk mengulas mengenai keputusan pilihanraya, tetapi ingin menyatakan betapa pentingnya web dan blog untuk menyampaikan informasi. Oleh itu sesiapa yang belum mempunyai blog bolehlah membuatnya sekarang. Terdapat pelbagai platform untuk membuat blog sama ada percuma dan berbayar. Yang percuma adalah seperti Blogger.com, Wordpress.com dan sebagainya. Manakala untuk hosting berbayar kebanyakan blogger mengunakan Wordpress sebagai platform.

Sekian sahaja buat kali ini, saya akan mengulas mengenai apa jua topik yang berkaitan dengan dunia internet pada masa akan datang.Stay tune!!

Yang ikhlas

Ahli Ekslusif WC300

Written by Setria on Saturday, March 8th, 2008 in Perniagaan Internet.

Assalammualaikum,

Hari ini saya akan bercerita tentang “universiti” tempat saya menimba ilmu mengenai perniagaan internet. Cuba teka universiti mana? USM? UPM?UKM?.Teng…teng…teng.. jawapannya adalah Forum WangCyber atau dikenali sebagai Forum WC.

Disini ramai “lecturer-lecturer” yang sedia memberi tunjuk ajar mengenai apa sahaja soalan yang dikemukan. Sebagai contoh bagaimana untuk membuat website, blog dan sebagainya. Di samping menbaca ebook dan mengikuti kursus, forum juga adalah penting sebagai wadah untuk bertukar-tukar pendapat, meminta nasihat serta mencari designer untuk membuat website, banner dan sebagainya.Di forum Wangcyber anda boleh mencari freelancer-freelancer yang berkrebiliti untuk membuat design untuk anda. Dan yang paling menarik mengenai forum WangCyber ini adalah anda boleh memasarkan produk anda atau program affiliate.

Baru-baru ini, pemilik forum ini telah memperkenalkan keahlian berbayar yang dikenali sebagai WC300. Keahlian ekslusif ini terbuka hanya kepada 300 orang sahaja.Selepas kuota tersebut dipenuhi, maka pendaftaran ditutup.Apakah faedahnya?. okey, untuk mengetahui faedah yang diperolehi, sila klik kat sini.

Anda sudah nampak bukan?.Banyak faedah-faedah yang dapat diperolehi bagi mereka yng mendaftar sebagai ahli WC300. Bagi mereka yang ingin menjadikan internet sebagai platform untuk mencari pendapatan tambahan, ini adalah peluang untuk mengorek rahsia otai-otai perniagaan internet kat Malaysia. Kebanyakan teknik-teknik yang diajar hanya dapat di akses oleh ahli WC300 sahaja.

Sehingga artikel ini ditulis, slot yang tinggal untuk ahli WC300 adalah sebanyak 129 orang, bermakna slot yang tinggal semakin berkurangan hari demi hari. Bayarannya? tak mahal, hanya RM47 setahun. Jika slot ini dipenuhi terpaksalah tunggu tahun depan. Itupun jika ada ahli yang tak renew. Untuk pengetahuan anda, forum ini mempunyai ahli sebanyak 5097 dan jumlah ini semakin berkembang hari demi hari.Tidak perlu saya bercerita panjang lagi, kerana sesiapa yang bijak sahaja akan mengambil peluang. Oleh itu mendaftarlah sekarang. Untuk mendaftar sila klik kat sini.

Selamat Berforum



Site Navigation