klik disini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Archive for July, 2008

Rahsia Clickbank Terbongkar!

Written by Setria on Monday, July 28th, 2008 in ClickBank.


Assalammualaikum,

Panduan Clickbank Tulisan Mawardee telah di lancarkan dan produk ini merupakan antara bestseller pada tahun ini. Saya telah membeli produk ini dan seperti biasa jika produk tersebut berkualiti, saya akan mempromosikan dengan membuat review di blog saya.

Sebelum membuat review, suka saya jelaskan di disini bahawa panduan clickbank di tulis untuk mereka-mereka yang sudah ada asas perniagaan internet. Bagi mereka yang tiada asas seperti bagaimana membuat website, apa itu affiliate, PPC, adwords dan sebagainya, anda di nasihatkan belajar dahulu asas perniagaan internet supaya anda dapat memahami, apa yang di terangkan di dalam ebook ini.

Buku ini di tulis supaya anda mengambil TINDAKAN, bukannya kerana ghairah hendak membeli. Membeli ikut keperluan, bukannya kerana ikut-ikutan. Dan selepas membeli pastikan anda mengambil tindakan, supaya duit anda berbaloi apabila membeli.

Dalam Pakej Panduan Clickbank Yang lengkap ini mengandungi:

1. Panduan Asas Clickbank

2. Sistem Kajian Clickbank

3. Sistem Trafik Clickbank

4. Video Tips Clickbank

5. Ezine ClickBank Setiap 4 Kali Setahun

Daripada kelima-lima item atau modul di atas, modul 1, 2 dan 3 adalah yang terpenting atau nadi kepada Pakej Panduan ini. Setelah meneliti dan membaca ketiga-tiga modul itu, rumusan saya adalah seperti di bawah:

1.Panduan Asas Clickbank

Panduan ini menerangkan mengenai latar belakang clickbank. Apa itu clickbank, bagaimana ia berfungsi dan jenis-jenis keahlian dalam clickbank. Dalam panduan ini juga diterangkan satu persatu mengenai komponen-komponen yang terdapat dalam clickbank serta produk-produk yang yang terdapat di sini.


2) Sistem kajian clickbank

Teknik yang diajarkan ialah cara memilih produk. Seperti biasa, ada dua cara penentuan produk iaitu melakukan kajian pasaran / keyword dahulu atau terus memilih produk. Tapi dalam Panduan Clickbank ini, anda akan diajar bagaimana memilih produk yang bagus dan menguntungkan serta mengikut trend semasa di mana produk tersebut memang sudah sedia ada pembelinya. mengikut trend semasa

3)Sistem traffic clickbank

Modul yang paling detail mengenai cara untuk menarik traffic. Setebal 190++ muka surat. Walaupun dinyatakan 9 teknik promosi/pemasaran, tapi penulis ebook lebih banyak memberikan tip dan trik untuk dua teknik iaitu menggunakan Google Adwords dan juga Pemasaran Emel. Teknik-teknik lain hanya disentuh secara seimbas lalu sahaja tanpa begitu detail.(tapi inilah taktik yang paling menguntungkan dalam memasarkan produk dari clickbank

Bagi saya, dua teknik utama itu sudah memadai di dalam melakukan promosi. Saya amat tertarik dengan tip dan trik PPC (Adwords) yang diberikan oleh Mawardee. Salah satunya ialah bagaimana untuk bersaing dengan keyword yang tinggi persaingannya.

Bagi email marketing pula, anda akan diberikan contoh dan kajian kes sekali agar anda tahu apakah teknik yang berkesan di dalam pemasaran emel.Dalam teknik ini juga, beliau menerangkan bagaimana menulis email supaya kebarangkalian email anda di baca adalah tinggi.

Sebelum ini, saya beranggapan bahawa Untuk melakukan iklan PPC di Adwords, adalah sukar.Tetapi sebenarnya ia adalah mudah sekali. Masalah tak tahu nak guna keyword apa tak perlu dirisaukan sebab ada teknik mudah dan simple yang disentuh, kita selalu mengabaikannya sampai menyusahkan diri. Padahal yang mudah itulah boleh membantu. :)

Walaupun penulis ebook ini amat banyak juga kongsikan tip dan trik Google Adwords, namun anda memerlukan asas Adwords dan PPC. Di dalam Panduan Clickbank, anda hanya diberikan strategi bagaimana untuk mengoptimasasikan penggunaan Adwords. Jadi, cara guna apa semua tu, kena usaha sendiri seperti merujuk Panduan PPC Percuma.

Dalam panduan ini anda akan dijelaskan mengenai “landing page”. Jika selama ini anda disogok dengan pentingnya “landing page”.Dalam panduan ini juga anda akan diterangkan apakah perlu atau tidak menggunakan “landing page” dan pro serta kontra penggunaan “landing page”.

Kesimpulannya, anda sangat beruntung kerana Panduan Clickbank ini ditulis oleh ‘anak murid’ kepada Chris X iaitu penulis ebook Day Job Killer dan yang terbaru iaitu Google Nemesis. Dalam Panduan Clickbank ini , anda akan didedahkan dengan satu teknik mudah untuk memastikan anda hanya target kepada mereka yang betul-betul sedang mahu membeli. Walaupun teknik ini mudah, tapi peratusannya tinggi untuk orang membeli.

Itu sahaja ulasan saya kali ini, saya pasti akan mempraktikkan teknik-teknik yang di ajar dalam panduan ini. Saya akan menulis kajian kes panduan clickbank ini nanti. Dapatkan Sekarang!

Jika berminat, dapatkanlah dengan segera panduan ini. Untuk menjadikan pembelian anda lebih berbaloi, saya akan berikan hadiah secara percuma untuk anda jika anda membeli melalui link affiliate saya.

Klik di sini untuk tindakan anda!

BONUS: Jika anda mahu membeli, apa kata beli melalui link di atas? Sebagai balasan, anda akan mendapat bonus percuma daripada saya. Sila ke laman web berikut untuk mengetahui bonus-bonus tersebut dan cara untuk mendapatkannya:

http://setriahariadi.com/bonusclickbank

Rahsia Untuk Melangsingkan Badan

Written by Setria on Friday, July 25th, 2008 in UMUM.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Masih lagi saya teringat , tidak berapa lama dahulu, saya ada berforum di forum WC mengenai pasangan yang minat berniaga (isteri la). Pada masa itu isteri Shuth mendapat publisiti meluas mengenai perniagaan online yang di buatnya. Dalam berforum itulah shuth memberitahu bahawa pasangan kita mestilah ditunjukkan dengan betul mengenai potensi perniagaan internet ni.

Alhamdulilah, baru-baru ni isteri saya ingin menguruskan badan yang tidak turun-turun setelah bersalin anak kami yang pertama. Sudah 2 tahun isteri saya cuba untuk menguruskan berat badan, mencuba bermacam-macam produk dan mendaftar di pusat pelangsingan badan, tapi hasilnya masih tiada.  Turun sekejap je, lepas tu naik balik.

Selepas menggunakan produk tersebut, berat badan isteri saya menurun sebanyak 9 kg dalam masa 6 bulan. Oleh itu saya mengesyorkan kepada isteri saya supaya menjadi pengedar dan membuat sebuah halaman web untuk mempromosikan produk tersebut secara online.

Setelah berhempas pulas membuat website untuk isteri saya, maka hari isnin lepas adalah hari yang cukup bermakna buat isteri saya kerana dia mengambil langkah pertama untuk bergiat dalam perniagaan dan menjadikan internet sebagai agen promosi.

Halaman web ini masih baru lagi dan jika mempunyai modal yang lebih nanti, kami bercadang akan mengupgrade halaman tersebut supaya kelihatan lebih “menjual”.

Oleh itu jika ada kawan-kawan atau saudara mara yang mempunyai masalah berat badan bolehlah berkunjung ke halaman web tersebut.Kepada yang ingin mewar-warkan adalah amat dialu-alukan.

Oleh itu, sesipa yang ingin kurus, yang mempunyai kawan yang gemuk sudi la kiranya mewar-warkan kewujudan halaman web ini.Untuk pergi ke halaman web tersebut, sila klik pada gambar di bawah:

Sekian, sehingga berjumpa lagi.



Site Navigation